Monday, July 25, 2011

BLOGGERS UNITED



Cara- cara bagaimana kita nak memastikan kebersihan alam sekitar khususnya di Malaysia


              Malaysia merupakan negara yang aman dan damai. Bukan itu sahaja, Malaysia terkenal dengan keindahan dan kebersihan alam sekitar.
             
             Salah satu cara yang boleh kita praktiskan ialah menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan. Tapi jangan naik motor lebih daripada dua orang. Hal ini adalah kerana kereta, lori, motosikal dan macam- macam lagi boleh membebaskan gas yang boleh mengotorkan udara. Di samping itu, kerajaan sepatutnya mempertingkatkan lagi penggunaan NGV di seluruh pelusuk negeri. Jangan kat KL je ada. Penanaman pokok juga boleh membantu menyedut gas-gas tersebut, jadi, tanamlah banyak pokok kat bandar.


             Selain itu, kesedaran rakyat Malaysia supaya tidak membuang sampah haruslah dipertingkatkan. Denda diorang! Ceramah tak payah buat pun x pe sebab rakyat Malaysia (saya sajalah) terkenal dengan sikap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jadi, denda diorang! Seperti di Singapura, hanya kerana meludah, pesalah dimalukan oleh pihak berkuasa. Kalau nampak sampah pun, kena kutip! Lagipun, kalau kutip kan dapat pahala besar sebab ikut Sunnah Nabi Muhammad. Malah, kita boleh mengitar semula atau mengguna balik sampah. Boleh tambah pendapatan!


           Jadi, marilah sama-sama menjaga alam sekitar kerana kalau bukan kita yang menjaga kebersihan, alien pun tak sanggup nak jenguk Bumi. Marilah kita menjaga kebersihan Bumi demi anak-anak kita kelak..(Ak nak 3++ anak).




*ini ialah pertandingan yg dianjurkan oleh kawan ak...ayat yang digunakan sangat la 'skema' sebab...kawan ak tulis, "ayat kalau nak skema pon aku tak kisah :D". Jadi jangan gelakkan ak sebab tulis skema macam ak nak g amek SPM balik...


*to silah...ko memang terbaek(bukan bodek!!) tq atas info yg superb..

2 comments:

  1. wahhh baguss!!! :DD

    aku baru tahu NGV tuh ape wehh. thanks bg info pasal tuh and tenkiu jugak sebab sanggup menyahut cabaran aku haha

    wan, nanti aku nak alamat rumah. :DD

    ReplyDelete
  2. waaa..ko nak alamat rumah ak sbb ak menang ke ape??

    ataupun ko bagi kat sume yg msuk...tapi ak mmg nak menang!! ahahaha...

    nnti ak bg kat fb nye inbox

    ReplyDelete