Thursday, August 25, 2011

Jelesh lah tuh~~

Assalaamualaikum!!

Jangan sakit hati ngan tajuk tuh...gurauan semata-semata..Excited! Excited! Alhamdulillah..untuk sekian lamenye....ak dapat kad raya!! Ahahaha...kecoh!! korang ade??? Soalan ni macam mintak "BOOOOooo" jer kan...

TENGOK NI KENGKAWAN!!



Lawa x?? lawa kan...mahal tau kad ni..adiwanang bagi....hadiah contest yang dianjurkan kat blog die...

Tapi agak malu jugakla...ak send kad yang cikai je untuk die dan budak lain...

Ingat x post ak yang lepas pasal kad raya tuh? Haa..ak baru je pos sebenarnye kad raya tuh...hehehe..sori lambat...12 orang dapat...hehe..janji nak bgi 10 tapi terlebih 2 plak..xpe..kawan lame punye hal tarak masalah..bagi yang x dapat, jangan kecewa (kecewa ke? perasan wan)...meh ak tunjuk...

Kad nih ak wat sendiri...sebab ak malu nak mintak kat ayah ak...hahaha...burok tapi ok ape, ak buat sendiri niiiii...bukan senang ak nak wat benda2 yang memerlukan ketelitian nih...hahaha...padahal cikai...tapi ak suka kad raya ak tuh... ok2..jgn cakap banyak...biar gambar je yg bercerita...

Tengok..ade gambar usop!!! ak x tau motif 'W' besar kat atas uh..
haa..ni cop kad raya ak...sdn bhd..terbaek dari ladang...

ni belakang kad ak tuh....ooo yeah...


Kandungan dalam kad, x usah diceritakan lagi..ade ucapan yang merapu, tapi motif / point utama...

"SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Walaupun x seceria kad yang dibeli...tapi who cares..hahaha..janji korang dapat...hehehe..

Bagi yang x dapat tuh..nnti ak send kat nfon korang x pon kat facebook..korang pon jangan lupe send...x meriah kalau nfon x berdering kerana mesej yang banyak dan fb tanpa notification...kan..kan..

Haa..raya lambat lagi...selamat beramal demi mencari malam lailatul Qadar...

Thursday, August 18, 2011

Yess!! Paling Bes!!

Assalaamualaikum...ahahaha..excited!!

Ak terjumpe video nih...tengoklah..sangat x rugi...berpeluh gak ak tengok...



Soalan kelakar..."kalau Jesus kene bunuh pakai kerusi letrik...ko nak gantung kerusi ke kat leher??" ahahahahha!!!

"can i sit on your neck? there's no more chair...."

Sunday, August 14, 2011

BOOYA!! KENE KAT HIDUNG!!


Assalaamualaikum..

Reality kisah RM1 dgn RM50 setelah skian lame x jmpe..


RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?


RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?


RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau...

Hahahha...klo fikir balik, sanggupkah ak bagi RM 50 kat surau?? soalan power giler!! ok...jujurnya...selepas muncul je soalan ni dalam otak ak...ak jawab "OH TIDAK!!"...Tapi tu sebelum berfikir panjang okayh..

Cuba kite fikir balik...kata kanlah ak bagi RM1 kat masjid...pastu orang masjid bagi kat mane2 fakir miskin..pastu orang miskin tu pergi beli makanan....jap...makanan ape yang mengenyangkan yang berharga seringgit....mmmm..ape haaa..?? Pape lah...korang fikir sendiri...(nmpk sangat seringgit x mengenyangkan)

Lepas tu...orang x berkemampuan tuh pergi buat kerja dengan menggunakan tenaga yang die dapat dengan makanan yang berharga seringgit...(sadis nye bunyi sebab makanan x cukup kan?? bersyukurlah dengan ape yang kite ade!!) Jadi, inshallah, kite dapat pahala tuh...x tahu lah banyak mana pahala kan..wallahua'lam..

Pastu-pastu....kite tukar topik plak...kate kanlah ak bagi RM50...pastu orang miskin tuh beli makanan...nasi goreng USA mungkin...pastu ade lebih kan...pastu die g beli barang lain....papelah kan..mungkin die simpan  untuk makan di lain waktu pulak..pekena nasi lauk asam pedas dengan ikan keli bakar lazat jugak kan....woah...inshallah lagi banyak pahala beb!!! Sebab die leh dapat lagi banyak tenaga dan juga KEPUASAN sebab dapat makan bende sedap....


Hahaha....so amacam....korang sayang RM50 ke pahala??

Ok...still...hati kata sayang pahala...ye laa..sapa x nak pahala kan..TAPI, cube kalau dalam situasi yang sebenar...oh 50 ku.....hahahaha...

ok..bukan nak down kan sape2...ak x kata pon kene bagi RM50 kat masjid...lagipun....banyak lagi cara kite nak bersedekah kan...senyum, senyam, zikir, ilmu, tenaga, dll...

Tapi still...ak nak kuatkan di sini...MAKIN BANYAK KITE BERSEDEKAH, MAKIN BANYAK REZEKI YANG KITA DAPAT....ahahaha...haaa..kan da dalam dilema...xpe weyh..duit x bawak masuk kubur...lagipun..kalau hati yang ikhlas, korang x rasa pon korang kehilangan banyak duit...kalau nak sedapkan hati, cube korang fikir korang jadi fakir miskin...sure korang x rase serba salah pun nak bagi duit banyak...

Cume nasihat ak...please..pasni klo korang nampak ak kat mana2 kedai...jangan tegur ak dengan post ni...ahahha...Papepon...Beli mengikut keperluan, bukan kehendak dan x salah kalau kt nak gembirakan hati kita kadang2...sukati...hahahah

**Sori ayat berbelit..

oTak SuperB...ALLAH yang Bagi..


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.



*Ini bukan idea saya...saya copy dri FB

Tuesday, August 9, 2011

Facebook = Pizza

Assalaamualaikum...

Surat khabar semalam, ak terjumpa keratan nih...ahaha...


Baru ak perasan, kalau dulu, semangat masing2 nak beli kad raya sebab nak bagi kat kawan...seingat ak lah kan, last sekali ak dapat kad raya mase form 5. Lepas tu, sepi je.... Eh x jugak...lepas tu, semua ucapan hari raya dibuat melalui My Space....hahaha... Pastu..pastu bile da masuk UIA, Facebook pulak..lepas ni x tahu lah ape plak kan...blog kot...x pon twitter ke...ahaha sukati...

                Kalau dulu, semangat adik ak ngan ak g kejar ke peti surat lepas abang posmen antar surat..kecoh satu rumah klo dapat kad raya...JAKUN KATAKAN....tapi selalunye, ak kalah aa sebabnye adik ak selalu je dapat kad raya paling banyak...MR POPULAR kot...bueekkk...

                Tapi, dulu...lepas dapat kad raya je, mesti ak ngan adik ak dalam dilema...sebab, bile da dapat kad raya, mesti kene balas kan...nak nak yang siap tulis pantun:

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Adush!! Pantun ni yang paling membuatkan kitorang dalam dilema...PANTUN PALING POPULAR TIME RAYA!!

Pastu siap bagi alamat diorang sendiri lagi...dan harapan mereka, "kite harap awak balas surat nih"...AHAHAH..sukati..

                Adik ak ngan ak pastu beranikan diri jugak mintak ayah belikan kad raya...tapi x selalu kitorang bernasib baik sebab selalunye, kitorang dapat sikit sorang je..tapi yang ngantor nye ramai!! Jadi, ayah ak yang malas nak layan permintaan yang ntah hape2 ni, bagi kitorang kad raya yang pejabat ayah ak sediakan...ahaha..amek ko...atas kad raya tu x dek katon PAK USOP weyh..yang ade, tulisan "SELAMAT HARI RAYA" je...ahahaha...time tu adik ak ngan ak mane la matang lagi...masing2 sedeyh sebab x dek gambar PAK USOP atas kad tuh...bagi kitorang, memang burok aa..hahaha...ye aa, kawan bagi yang lawa, kitorang bagi yang kat dalam kad tuh tulis "ikhlas daripada JUPEM(pejabat ayah ak)"...tapi x leh nak wat pape, kitorang lukis aa gambar katon sket2...sukati...

             Tapi skunk da len...skunk gune facebook je..tak pon nset je...tapi budak zaman skunk pandai jugak..lagi seminggu nak raya, da anta mesej sebab takut line sibuk...siap ade gambar PAK USOP ag...

             OK, berdasarkan gambar yg ak upload kat atas tuh,

"teknologi menggantikan kad raya? Ibarat menggantikan rendang dengan Piza di pagi syawal"

        ak nak amek kesempatan ini..untuk mengoffer kepada sesape sahaja (max 10 orang) yang nak kad raya daripada ak..tu pon klo korang nak aa..klo xnak xpe...jangan malu jangan segan sebab ak sendiri yang mengoffer.. Bagi sesape yang nak, sile hantar alamat ke Inbox FB ak...jangan risau, alamat anda tidak akan didedahkan atau dibocori. Inshallah, korang bleh cayakan ak... hahaha...tapi jangan lupe...kad tuh mungkin ade "JUPEM" atau pun yang ak wat sendiri memandangkan ayah ak merupakan ayah yang sama sepanjang hidup ak..TQ...

Offer ni hanya laku tahun ni je..

Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikuuuum tu SALAH!!

Assalaamualaikum baru betul!!


Kalau kiter tengok citer-citer Melayu...mesti che kiah bagi salam kat jiran sebelah..

ASSALAMUALAIKUuuUUM...


Amboih!! bukan main berlagu lagi...tapi sebenarnye, hampir semua  rakyat Islam kat Malaysia ni macam che kiah kan...ahahaha..termasuk ak...so, Wan = Che Kiah..

Sepatutnya, Assalaamualaikum....panjang dua harakat kat 'laa' bukan kat 'kuuum'..

Memang aaa sedap bunyi kuuuuuuuuuuuuuuummm memanjang. Tapi, ape kata mulai sekarang, saat ini, start bende yang kite x biasa dan biasakan bende yang x biasa tuh...

Lagipun, sedap ape bunyi...ASSALAAMUALIKUM!!

Macam askar bagi arahan pon ade..tapi ak tahu klo korang bagi salam macam tuh, lagi shahdu..

Jadi di sini, ak nak mengaku yang selama nih pon ak tulis Assalaamualaikum secara salah..marilah kte same2 memperbetulkan ape yang x betul..!!

Wednesday, August 3, 2011

Gapo yo gak mung...

Assalamualaikum...

Korang paham x pebende yang ak tulis kat tajuk tuh...tu la loghat Kelantan...maksudnye, "ape bende ko?"

Hahaha...x pasal2 ak ter'excited' pasal loghat timur nih..ni semua gara-gara Mek Ya(Iylia) call ak tadi...Ya Allah...loghat terengganu die sumpah pekat!!! Tergelak-gelak mak ngan ayah ak dengar ak cakap loghat terengganu... Tapi, jadi ape ak cakap...xdek la bunyi 'plastik' sangat...

                       Well...ak kan orang kelantan...walaupun x sejati xpe...ak suke ngaku ak orang kelantan...ahaha..

Haaaaaaa....sentuh pasal loghat..ak nak citer satu citer lawak..mungkin ade yang pernah dengar dan mungkin ada yang x pernah dengar..meh ak habaq (tu diaaa)..

Citer die camnih....................

Ade sorang isteri ni, die orang KL. Suami die plak orang terengganu...Perbualan mereka berlaku di satu pagi raya...

Isteri   : Yang!! Ular!! Ade ular!! EEE...laling takut! Yang cepat!!

Pastu suami die yang malas nak layan kegedikan isteri die menjerit dari dapur..

Suami : Laa...gapo yo gak mung..."katok" aa!!

Isteri   : Ish...ular laaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!


Suami : Ya Allah...KATOK LAAAAAAAAAAA!!! G amek lidi nuh...

(Sebenarnye klo korang dengar orang pure terengganu sebut...baru real kot..tulis x berbunyi)

Sebenarnye, si suami soh 'pukul' ular tu..tapi isteri tu paham 'katak'...

Hahaha..memang tahap 'pergh' punya lawak...ayah ak aa yang citer lepas die dengar ak gayut ngan mek ya..