Wednesday, March 30, 2011

Beruk: Jangan Cabut Gigi Saya!!

Assalamualaikum..

Hari tu ada kawan ayah ak datang rumah. Nak tahu apa pekerjaan dia? Dia bela beruk!!


Dan semua beruk yang dia jaga sangat membawa untung...sangat!! Untung untuk dia laa bukan untuk beruk tuu..beruk tu 'happy' kalau dapat makan nasi je..

First, beruk tu boleh petik buah kelapa untuk dia..banyak jugak untung kalau jual kelapa kat Malaysia nih..biasa laa..orang Malaysia kan suka makan nasi lemak yang lemak ber"santan".

Second, kawan ayah ak jadi dentist untuk kaum beruk2 nih. Sian kat beruk tapi apakan daya, kitorang takut dengan gigi taring korang laa beruk. Jadi, tugas kawan ayah ak ni adalah untuk mencabut gigi beruk.. Dia cakap, kalau nak cabut gigi beruk nih, x leh pulas! Tarik! Ouchh! Ngeri! Dan dia cakap, dia x guna ubat bius! Sebab nak jimat kos! Hahahahaha...sian pak beruk.. Tapi dia cakap,

"beruk x sakit...x banyak pon darah keluar..."

perghhh..agaknya beruk tu cakap,

"try aa jadi ak kalau nak tahu sakit ke x!!"

haha, xpe laa..asal beruk tu x mati. Lagipun kalau perbuatan ni salah, dah lama jabatan haiwan (ada ke?) tangkap pakcik tuh..

Whatever la pakcik, asal awak tu dapat rezeki yang halal..lawak giler pakcik nih..

Wednesday, March 23, 2011

STS tercinta~~

Semua orang asyik cakap pasal SPM..SPM..SPM...

adik ak pon bru tau dia punye result...tapi tanak citer pasal die..ak nak citer pasal kategori sekolah dia..SBP..

Time adik ak dapat tawaran tuh, ak pon meracau "perghhh..gempak siot..! SBP TUU~" sebab ak x dapat satu tawaran pon lepas PMR..agaknya kerajaan tahu ak akan reject kalau dapat..kot..poyo aa, macam aa result ak bgus kan sampai kerajaan nak bagi..haha

okayh..hari semalam, ak g turun KL dari Johor..semangat nih nak amek result adik nih...dalam kereta jangan cakap aa, mak..ayah..ak semua cuak..

ok..stret to the point..sekolah adik ak 90 lebih orang dapat stret A!! Mak aih..sekolah lama ak paling ramai yg dapat stret 4 orang je!! agaknya dapat stret A tu perkara yang mudah hape bagi korang!!

Siap reporter RTM datang..GILO! tengok aa tv1 punye berita, ak masuk...=_=' Tapi ak faham, reporter hanya akan datang ke tempat yang ada liputan yang best sahaja..maksudnya, sekolah ak mmm... kihkih~

Ahhhhhh...ak x kisah semua benda tuhhh!! Sekolah harian pon bes gak.. Kalau sekolah ak, semua budak cemerlang (7A ke atas) akan diberi layanan yang sangat baik., siap bunga ag...duit daripada sekolah dan cikgu sendiri..beratus eh, x men ah henget2...hahahaha!! $$$@! Korang dapat?? X kan.. Korang dapat bunga? X kan?? Korang dapat duduk depan kerusi pengetua?? x kan? Dapat masuk tv pon je...so?? hahaha..bukannya satu Malaysia akan ingat muka korang.. kalau nak sangat masuk tv, pergi konsert JOM HEBOH..pegi booth Hotlink ke, SNEK KU ke, SOOPA DOOPA ke, pape aa..bhahaha..xpuas hati plak ak kan..

Ak sangat suka dengan sekolah ak...xpayah masuk sekolah SBP ke MRSM ke...sekolah ak istimewa uhhh..banyak orang tercinta kat sana..ehemm...

k..tu je..pape pon..tahniah untuk budak yang dapat cemerlang kat sekolah ak (STS) dan kat budak2 yang leh masuk tv dan juga kepada adik ak..marilah masuk UIA beramai-ramai..

Tuesday, March 8, 2011

Shopping!! yuuhoooooo~

"Perempuan = muka shopping"

Walaupun ada segelintir wanita-wanita d luar sana yang mengaku x suka shopping, kenyataan kat atas memang x boleh disangkal sebab hampir semua perempuan kalau pergi kedai ke mall ke pasar lambak ke mesti rambang mata kalau jumpa sesuatu yang diorang 'adore'.

Tapi ak nak cerita pasal keburukan shopping. Kalau nak cerita kebaikan....ape yang dapat? Happy, dapat barang....tu jelah weyh!!

ok..ok..ok..keburukan dia banyak!!

Contoh paling senang. Katalah Lina pergi One Utama. Dia nak beli sehelai baju sukan untuk SMAC. Kedai Cheetah *cth yg plg senang. Belek punya belek, pergi kat kaunter, bayar RM70!! Mak aih..baju Cheetah macam mana yang 70 hengget tuh.. Siasat punya siasat, 2 helai baju rupanya dia beli.

Faham x korang? Ahh..susahlah korang ni...pendek cerita, kalau perempuan g shopping, mesti ada yang terlari bajet. Balik bilik je, menyesal!

"Asal la ak beli bende alah ni,"

Ayat nih ak da selalu guna da. Kat kedai rasa macam satu keperluan je. Rasa macam kalau x beli boleh meracau. Tapi bila fikir balik....blurrr..


Kaum hawa, ak tau korang mengalami masalah yang sama. Guys ak x tahu. Satu benda yang ak buat kalau outing, ak bawak siket je duit. Tapi ada je beli benda yang x patut..Gediks giler rasa kalau g shopping...MENYAMPAH NYE!!!

Ingat jangan membazir!! Tatatata!!

Monday, March 7, 2011

Saya anak sape?

Awak anak sape?
"Anak Datuk Z," saya cakap.

ok.xdek kena mengena dengan post hari ini. Korang nak tau? Nak? Nak la..Ramai x kawan yang korang kenal, mak atau ayah dia cikgu? Mesti ramai kan?? Kan? Dalam kelas ak dulu pun, ramai jugak anak cikgu. Ada yang mengajar kat sekolah sama, ada yang mengajar kat sekolah sebelah, ada yang jadi cikgu kat sekolah memandu, dan ada yang mengajar kat mana2 tah. Kadang2 ak pikir, bes ke jadi anak cikgu? *tanya macam boleh ubah je kalau x suka...=.='

Bes tau jadi anak cikgu tuh. Dari kecik sampai besar orang panggil anak cikgu ***. Senang. Nak hafal nama korang susah.
Meh ak senaraikan serba sedikit pros n cons apabila ko dilahirkan sebagai anak cikgu. Tapi ni kalau mak atau ayah korang mengajar kat sekolah yang sama la macam ak!

KEBAIKAN ==>

Kalau sakit senang. Katakanlah satu hari korang gastrik. Korang mesti terus pergi serang mak korang kan. Kalau budak lain, diorang kena mintak tolong daripada kawan diorang untuk cari cikgu yang bertugas minggu tu untuk bawak diorang g klinik. Menderita..kesian...

Mintak duit pun senang. Katakanlah ak lupa mintak duit dari ayah pagi tuh, mintak ngan mak kat sekolah pun apa salahnya. Kalau nak kena bayar yuran ke apa ke, g mintak terus ngan mak. Settle...

Cuti sama2. Kalau parents korang cikgu, boleh cuti sama2. Kalau pekerja kerajaan yang lain, cuti diorang mana sama. Nak2 kalau doktor kerajaan. Hehehe..

Staff kat sekolah semua kenal. Siapa anak cikgu yang sama sekolah, mesti satu sekolah kenal korang kan? Cikgu-cikgu, pekerja makmal, kerani pejabat, orang kantin, semua aa, mesti kenal korang kan. Biarlah korang x rapat macam manapun dengan parents kat sekolah, mesti diorang kenal. Ak pun xtahu cane. Ini tidak melibatkan students lain ye. Staff sahaja. hehehe..

K lah... cukup is enough, keburukan pulak ==>

Kawan suka tanya korang. Bukan tanya macam mana nak jawab soalan tu soalan ni. Ni pasal soalan spot untuk exam2.
"Tanyalah mak kte," tu jelah jawapan ak.

Ak bukannya tengok soalan pun. Mak ak pun bukannya jenis yang bagi soalan spot. Nguahaha! Mula-mula ak risau gak diorang fikir ak curi-curi tengok soalan kat rumah memandangkan mak ak selalu buat soalan exam kat rumah, tapi disebabkan markah ak pon cam ntah hape-hape, xkanlah diorang sampai hati nak fikir camtuh kan. Kawan ak semua baik. Cam ak ^-^. Tapi yang syoknye, abis exam je ak tolong tanda kertas soalan kawan ak. So, x dek chance la diorang nak berahsia dengan ak diorang punya marks.

Cikgu lain suka cerita. Haaa...ni yang payah! Ak pernah buat bising dalam kelas dan balik rumah jer kena marah ngan mak. Sejak tuh, ak baik je dalam kelas. Kerja rumah pun siap selalu! Sebab takut mak tahu kalau x siap. Kalau mak tahu, ayah pun tahu. Jadi, paham-pahamlaa eh...

xdek surprise. Susah jugak kalau ak nak wat surprise kalau dapat markah PJK A1 kan. Cikgu lain g tunjuk markah kat mak ak dulu kadang2 kalau terjumpa. Xdek chance aa nak wat surprise kan. SPM ak pon mak ak tahu dulu beb. So, xdeklah situasi mak menangis kegembiraan memeluk anak kat dewan sekolah..ceytt~.~. Padahal benda tulah yang ak nak wat macam dalam berita TV3. Haha, x pelah..

Dapat duit raya sikit. Ktakanlah kalau kawan sekelas ak pergi beraya rumah ak, diorang dapat 1sampul je. Kalau x, diorang akan dapat 2 sampul..1dari rumah ak..1dari rumah cikgu. apa ayat ak ni? Pahamlah sendiri.

Dah tu jelah..malas nak fikir. Assalamualaikum.


Sunday, March 6, 2011

Kelas yang Blurr -.-

Kelas yang Blurr -.-

cikgu dan anak dia


Hari ni ak g kelas memasak dengan adik lelaki ak, belajar kek lapis masam manis. Ak x pernah dengar nama kek nih sebelum ni tapi pergi jelah, dah adik ak janji nak bagi aiskrim. Apa lagi...rezeki tidak boleh ditolak. Mula-mula ak malas jugak laa nak pergi sebab ak tahu ak bukannya suka makan kuih muih nih. Aiskrim ak suka aa.. Tapi kalau mencapap kat rumah, ak selalu merengek 'boring'!! Tu yang ayah ngan mak ak suruh ikut adik ak tu.


2.00 petang - Kitorang bertolak. Adik ak bawak kereta. Kat Ainkinah Enterprise. Yuran RM5. Lebih kurang 15 orang peserta. Yang besnya, ak ngan adik ak je yang belum dapat gelaran 'makcik' atau 'pakcik' dan hanya adik ak sorang lelaki!! Yang paling ak x leh caya, sampai-sampai je kat kelas, cikgu yang mengajar ak tuh jerit "WAN!!!!!!!!!!!!!!!". Dia kenal adik ak weyh =.='. Tabik spring kat lu Zahid! Glamour gak adik tunggal ak nih. Bukan apa, dia pernah belajar masak kek moist ngan cikgu tuh. Adik ak suka g kelas. Semua kelas dia nak pergi. Dulu, die pergi belajar baiki komputer, adobe dreamweaver, jahit baju dll. Dia suka belajar. Ak pon x tahu asal adik ak rajin g kelas. G kerja tanak. Ada ke patut dia ajak ak g library esok. What??!! Lantak ko aa zahid.

Masa kelas, fuhh...memang ak kurang pay attention. Buat-buat pay attention ada la sebab ak dok depannnnnnn sekali. Fuh semangat!! haha lawak!! Nasib baik ada 2 orang budak kecik kat situ. Baik giler dengan ak. X tahu la.Ak baik kot..Nguahahaha!!

Dan masa kelas jugaklah, cikgu tu asyik sebut Wan(adik ak) je. Siket-siket Wan. Haha, x jeles pon, bangga ada la. Semua orang puji adik ak wooo.

Dan masa kelas jugalah, baru ak tahu boleh rupanya buat kek lapis tanpa guna tepung. Guna biskut Hup Seng je. Kacang je nak wat cuma kena tunggu lama. Satu demi satu lapisan dia buat. Siap letak asam ag kat tengah..

Dan, makcik-makcik kat sana semuanya bersemangat. Nak tolong kacau la, nak tolong susun la, nak tolong masakla. Ak? Wat dekk.. hahaha!!


Belajar punya belajar, last-last dapat lah kek yang kitorang belajar tadi. Sedap!!!! Berwarna-warni.

Tu je. K.assalamualaikum!

Thursday, March 3, 2011

Sori sgt2!

First skali ak nak cakap.."wan..ko ni nak jade ape hah? Cakap x serupa bikin!"

Dulu ak pernah target nak dapat follower 1000++ kan??! kan? (time beria) Tapi ape yang berlaku sekarang? Update kadang-kadang, pendek-pendek, xdek isi, macam pape je kan? Sejujurnya ak rasa ak nak deactivate je bende alah ni tapi ak memang x sanggup sebab ak da ada target! So how??!!

Ak da ada target tapi mcm batuk kat koridor je untuk capai target.. MANE BOLEH MACAM NI WAN!!
Meh ak gtau korang sket..Banyak faktor yang menyebabkan ak malas nak update:
  • ak rasa malas
  • ak suka tengok tv
  • adik ak conquer lappy
  • ak ketandusan idea time cuti sebab tido banyak. masa kat u, bukan men idea melimpah tapi sebab ak MISS M***S, ak jarang online kat u!!
Tapikan...agak-agaklah kan...lepas ak wat pos ni boleh ke ak berubah?? haha!! tengoklah nanti macamana...ak doakan diri ak rajin.

p/s: berusahalah sehabis boleh tapi kena ingat semuanya di tangan Allah..